Cara Buat Virus Shortcut Palsu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua. Untuk hari ini, saya rasa nak ajar anda semua bagaimana caranya untuk membuat virus shortcut palsu. Bagaimana virus palsu ini berfungsi? Virus palsu ini berfungsi untuk mengshutdown komputer mangsa apabila dia double-clik dekat shortcut tersebut.
Saya pun tak pasti sama ada saya dah buat ke belum tutorial ni. Tapi takpe, tak salah pun kalau ada dua tutorial.

Jadi, saya malas buang masa dan anda pun mesti dah tak sabar untuk buat virus palsu ni, jom kita mulakan!

1. Buat shortcut yang baru - Mula-mula pergi ke halaman dekstop, lepas itu klik kanan mouse. Kemudian, pilih ' New ', lalu pilih ' Shortcut '.


2. Letakkan kod dibawah di dalam kotak tersebut apabila tampilan membuat shortcut baru itu keluar.
shutdown -s -t 300 -c "Mesej Anda"
Kemudian, klik ' Next '. Di " Mesej Anda ", anda boleh ubah ia kepada mesej anda sendiri.


3. Di bahagian ' Type name of your shortcut ' itu, anda boleh ubah nama shortcut anda kepada nama shortcut anda sendiri.

Contoh dibawah nama shortcut tersebut telah saya ubah kepada nama ' Adobe Photoshop CS4.exe '.


Kemudian, klik ' Finish '.

4. Cuba anda klik shortcut yang anda buat tadi. Kemudian, akan ada 1 tetingkap yang keluar.

Macam mana nak padam tetingkap ni?!!

1. Buka CMD, Start > Run > Taip ' CMD '.

2. Lepas tu, taip ' Shutdown -a '. Confirm tetingkap itu akan hilang.

Anda boleh tukar ikon shortcut anda jika tak nak orang tahu yang shortcut itu ialah virus palsu.

Dibawah ialah contoh virus shortcut yang sudah saya tukar ikon.


Ok. Senang bukan? Tujuan saya ajar ini untuk pembelajaran sahaja. Jadi, semoga anda guna ia untuk kebaikan. Sekian, Assalamualaikum.

No comments on "Cara Buat Virus Shortcut Palsu"

Leave a Reply