Kisah Disebalik Gambar Skrin Windows XP

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog. Penjenayah Cyber yang selalu menjadi pembaca nombor 1 di sini. Hari ini, saya akan menceritakan tentang 1 kisah disebalik gambar skrin Windows XP. Kepada yang tak tahu macam mana gambar skrin Windows XP tuh, boleh tengok gambar dibawah:


Gambar yang menunjukkan sebuah gambar bukit hijau dan ia dikatakan telah dirakam oleh O' Rear, salah seorang bekas jurugambar di National Geographic. Sekarang, semua mungkin tahu tentang gambar di atas yang semestinya ada di setiap Sistem Operasi Windows XP.


Diatas ialah gambar jurugambar O' Rear dan gambar yang dibeli oleh Microsoft dan hanya digunakan pada Sistem Operasi Windows XP sahaja.

Yang paling buat saya teruja ialah, sehingga kini, kita masih dapat lihat lokasi tersebut di Google Maps dan anda juga dapat lihatnya atas sokongan Panoramio. Jadi, anda semua boleh melihat perubahan cuaca di sana dari masa ke semasa.

Menurut O'Rear, ketika mengambil gambar tersebut, beliau tidak terfikir untuk menjadikan gambar tersebut sebagai gambar skrin dekstop komputernya dan tidak ada sesiapa pun yang menjangkakan gambar tersebut akan digunakan sebagai gambar latar dekstop komputer.

Beliau juga sangat kerap ke sana dan mengambil gambar disana, dan dimana tempat tersebut ialah sebuah tempat yang paling menarik dan ia menarik perhatian beliau tentang kecantikkan tempat tersebut.

Dia kemudiannya telah menerima panggilan daripada Microsoft dan mengatakan bahawa mereka beminat untuk membeli gambar asal yang diambil oleh O'Rear tetapi harga dan struktur pembayarannya tidak didedahkan oleh beliau atas sebab-sebab tertentu.

Namun apa yang dilaporkan oleh O'Rear, gambar itu merupakan gambar kedua paling mahal di dunia sehingga kini.



Kepada anda yang ingin melihat lokasi ini, anda bolehlah layari Google Maps dan aktifkan Street View atau melihatnya dengan Panoramio.


Sekian sahaja posted saya pada hari ini, semoga anda dapat menambah lagi ilmu di sini dengan berita-berita yang kami paparkan. Assalamualaikum.

No comments on "Kisah Disebalik Gambar Skrin Windows XP"

Leave a Reply