Cara Sorok Folder


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca Blog.Penjenayah Cyber. Hari ini, BL4CK PIR4T3 akan ajar anda semua bagaimana untuk menyorokkan folder-folder penting yang ada di dalam komputer kita. Pada hari ini, saya akan ajar semua menyorok file dengan menggunakan Command Prompt atau dengan nama singkatannya CMD.

Tutorial pada kali ini, saya tidak menggunakan gambar sebab tutorial ini memang sangat-sangat senang dan kod yang perlu kita hafal memang mudah sekali. Ok, jom kita mulakan.

1) Mula-mula, buka Command Prompt: Start > Run > Taip " CMD " dan tekan Enter.

2) Apabila Command Prompt dah terbuka, anda harus memilih tempat dimana anda menyimpan folder tersebut.

Contoh:  C:\Documents and Settings\lanunhitam\> D:
Dan tekan Enter.

D: ialah nama tempat dimana saya menyorokkan folder tersebut.

3) Salin kod dibawah dan tampal di Command Prompt anda.

attrib namafile +s +h
Ganti namafile dengan nama folder anda.

Contoh: D:\> attrib FolderTest +s +h
Dan tekan Enter.

4) Ping! Folder dah pun hilang.

5) Cara untuk kembalikan folder itu mudah sahaja, anda hanya perlu tukar:

+s +h kepada -s -h

Contoh: D:\> attrib FolderTest -s -h

6) Lepas itu, buka tengok balik, then folder tuh dah ada balik.

Kod dia mudah jer. Senang untuk ingat. Sekali pandang jer kita dah boleh ingat. Jadi, dengan tutorial saya pada hari ini, saya berharap kepada pembaca, jangan gunakan tutorial ini untuk tujuan yang tidak baik. Dan jangan guna ia untuk sorok folder komputer kawan pulak yerk.

Jadi, sekian sahaja tutorial saya pada hari ini. Assalamualaikum.


No comments on "Cara Sorok Folder "

Leave a Reply