Cara Delete Virus " autorun.inf "

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog Penjenayah Cyber ini. Hari ini. saya BL4CK PIR4T3 akan ajar anda semua bagaimana untuk memadam virus dalam bentuk folder yang diberi nama " autorun.inf ". Selalunya, virus seperti ini ada di dalam PenDrive. Virus ini selalunya ada di komputer siber kafe. Jadi, jika hendak memasukkan sesuatu benda di siber kafe, anda haruslah mengambil langkah berjaga-jaga.

Ok. Jom kita mulakan tutorial kita pada hari ini.

1) Mula-mula, buka Command Prompt. Pergi ke Start > Run > Taip " CMD " dan tekan Enter.


2) Selepas Command Prompt terbuka, salin kod dibawah dan tampal di Command Prompt anda.

rd /s /q \\.\DRIVE:\autorun.inf

ubah perkataan DRIVE kepada nama Drive anda. Contoh: rd /s /q \\.\D:\autorun.inf

Bila dah salin dan tampal kod itu, anda terus tekan Enter.



3) Selesai tekan Enter, itu bermaknanya anda telah berjaya memadam virus autorun.inf dari komputer anda.
Selepas itu, sila restart komputer anda dan anda boleh guna ia dengan sempurna.

Semoga dengan tutorial pada hari ini, semua pembaca blog Penjenayah Cyber boleh menambah lebih banyak ilmu dan semoga tutorial pada hari ini amat berguna untuk anda.

Sebelum saya ingin menamatkan posted pada hari ini, saya memohon bantuan dari anda semua untuk klik link Says dibawah. Untuk pengetahuan anda, link ini bukan link virus. Says ini ialah sebuah laman web yang dapat menjana wang secara online. Tetapi, pendapatannya hnya RM0.20. Itu pun sudah cukup buat saya.

Kalau ada sesiapa yang berminat untuk berdaftar, anda boleh pergi ke SINI.
Jadi, sekian sahajalah tutorial saya pada hari ini. Assalamualaikum.

* Tolong klik link dibawah:

1. http://sy.my/1ko5
2. http://sy.my/1ky5
3. http://sy.my/1l03
4. http://sy.my/1knl
5. http://sy.my/1knn
6. http://sy.my/1knp

No comments on "Cara Delete Virus " autorun.inf ""

Leave a Reply