Cip mikro komputer boleh digodam

Gambar hiasan ( Klik untuk besarkan )

Dua penyelidik keselamatan United Kingdom telah menyiarkan satu dokumen mengenai kewujudan 'pintu belakang' pada cip mikro komputer yang membolehkan seseorang pengatur cara menukar atau memantau maklumat dalam cip tersebut.

Penyelidik, Sergei Skorobogatov dari Universiti Cambridge dan Christopher Wood dari Quo Vadis Labs merumuskan bahawa kelemahan tersebut mungkin bertujuan untuk mengubah kandungan terhadap memori yang sepatutnya selamat dan mendapatkan maklumat berkaitan faktor logik dalam cip.

"Saya telah membincangkan tentang kemungkinan terdapat kelemahan pada perkakasan komputer dalam artikel Scientific American pada Ogos 2010," ujar Skorobogatov.

Pelanggaran keselamatan merupakan satu kebimbangan yang serius disebabkan jenis cip yang terlibat. Cip yang terjejas, Pro ASIC3 A3P250 termasuk dalam kumpulan cip logik yang boleh diprogramkan atau dikenali sebagai Field Programmable Gate Array ( FFGA ).

Cip ini diguna pakai dalam pelbagai aplikasi besar seperti sistem komunikasi dan rangkaian, pasaran kewangan, sistem kawalan industri dan satu senarai panjang dalam sistem ketenteraan.


No comments on "Cip mikro komputer boleh digodam"

Leave a Reply