Google Chrome Di Hack Oleh Vupen Security ?

Assalamualaikum....

Hari nie saya baru sahaja mendengar berita bahawa Google Chrome telah dihack.
Vupen Security yang telah berjaya menembusi jaringan keselamatan milik Google Chrome.
Dan baru-baru ini juga , pihak Google telah pun menganjurkan pertandingan Pwn2Own.
ZDNet , melaporkan bahawa pelayar Google telah digodam oleh sekumpulan Hacker Perancis yang dikenali sebagai Vupen Security.
Kumpulan ini juga ialah orang yang sama memecahkan jaringan keselamatan milik Safari pada pertandingan Pwn2Own tahun lepas.

Chaouki Bekrar , selaku pengasas dan penyelidik Vupen Security , telah menghubungi ZDNet bahawa kumpulannya telah pun berjaya memecahkan jaringan keselamatan milik Google Chrome dan kumpulan Vupen Security hanya mengambil masa 5 minit bagi menembusi jaringan keselamatan tersembut.
Di dalam perbualan antara Chaouki Bekrar dan ZDNet , Chaouki Bekrar ada memberitahu kepada ZDNet yang kumpulan Vupen Security dapat memecah masuk ke dalam jaringan keselamatan Google Chrome dengan cara membangunkan eksploitasi yang dapat mengawal sepenuhnya mesin Window 7 64 bit dikemaskini.

Mereka terpaksa menggunakan kelemahan ( vuln ) , yang pertama untuk memintas DEP dan ASLR pada Windows dan satu lagi untuk memecah keluar dari kotak pasir ( sandbox ) Chrome.

Ia adalah kelemahan yang ada pada Google Chrome. Pada tahun 2011 , Vupen Security pernah mengeluarkan video bahawa kumpulan mereka telah berjaya menggodam Google Chrome dengan menggunakan Flash.
Tetapi tidak diterima Google Chrome kerana penggunaan kod ketiga.

Chaouki Bekrar mengakui kotak pasir ( sandbox ) milik Google Chrome adalah antara kotak pasir yang paling selamat pada masa ini. Beliau juga berkata , bukan tugas yang mudah untuk mengeksploitasi bagi memintas semua perlindungan dalam kotak pasir. Google Chrome ialah satu browser yang paling selamat.

Pada waktu itu , pengumuman wang tunai yang bernilai 1 Juta kepada mereka yang dapat menggodam Google Chrome sepenuhnya. Ucapan tahniah untuk ahli kumpulan Vupen Security. Semoga Hacker Malaysia dapat
mencontohi Hacker-Hacker yang lain.

Assalamualaikum..

No comments on "Google Chrome Di Hack Oleh Vupen Security ?"

Leave a Reply