Perhatian Jangan Vote Lagi!!!!!






Assalamualaikum...beberapa jam yang lalu aku ada post tentang survey vote untuk pengharaman HIJAB di yahoo NZ tu kan?
Post itu telah didelete.
Di bawah adalah SS post itu.




Baiklah sebenarnya survey itu telah dilancarkan sejak dua tahun lepas iaitu 2010.Dan jumlah vote itu tidak bertambah.



SO JANGAN VOTE LAGI!

MAAF SEBAB AKU POST.

AKU PUN BARU TAHU xD

Baca kenyataan dibawah.Dipetik dari seorang rakan di FB.

Sudah ramai benar rakan-rakan
FB saya berkongsi mengenai
"Survey Online Pengharaman
Niqab/Hijab" yang dilakukan oleh
laman web Yahoo.
Perlu diteliti bahawa,


1) Vote ini telah dilancarkan
hampir dua tahun lalu, sejak Jul
17 2010.


2) Sejak beberapa jam memerhati,
bilangan vote adalah statik tidak
berubah. (31438 votes).
Berkemungkinan besar ianya
sudahpun expired/dibekukan,
justeru klik lah NO berapa
banyak sekalipun ianya tetap
tidak akan berubah.


3) Walaubagaimanapun, isu ini
adalah real and imminent. Anda
dicadangkan untuk "berkenalan"
dengan Richard Prosser http://
en.wikipedia.org/wiki/
Richard_Prosser


4) Mengetahui dan mendalami
sesuatu isu adalah WAJIB sebelum
berbuat sesuatu tindakan. Adalah
tidak boleh diterima akal apabila
ditanya "Macam mana terjadi isu
veil banning kat NZ tu?", akhirnya
dijawab "Entah, diorang share
survey kat yahoo, aku pun share
jela". Ingat firman Allah melalui
Al-Hujurat ayat 6 serta perintah
Allah didalam Al-Isra' ayat 36.


5) Beberapa tahun dahulu
pernah timbul isu yang sama,
yang meminta umat Islam
mengundi di antara Palestin dan
Israel yang mana akhirnya
terbongkar ianya hanyalah
penipuan untuk mendapatkan
wang melalui khidmat
pengiklanan. Seorang muslim
tidak jatuh ke dalam lubang yang
sama dua kali!


6) Saya menyeru rakan-rakan
sekalian agar menjadi mukmin
yang bukan hanya sensitif, tetapi
teliti dalam menyemak sesuatu isu
sebelum menyebarkan. Kita tidak
mahu umat Islam menjadi umat
yang "gullible", mudah dijentik
dan kuat melatah.


Peringatan buat diri ini sendiri
terutamanya. Wallahua'lam,
wassalam.


Petikan Dari - rea_perz

No comments on "Perhatian Jangan Vote Lagi!!!!!"

Leave a Reply