BIODATA NABI MUHAMAD S.A.W.



BIODATA  NABI MUHAMAD S.A.W.


Nama:• Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ai bin Ghalib bin Fihr bin Ibni Malik bin An-Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah Mudrikah bin Elias bin Mudhar bin
Nizar bin Ma’ad bin Adnan.
 
Nama-nama lain :• Ahmad , Al-Mahi , Al-Hasyir , Al-A’qib , Al-Mutawakkil.
 
Nama-nama Gelaran :• Abu Qasim , Al-Amin.
 
Bangsa :• Arab Quraisy.
 
Agama :• Islam.
 
Tarikh Lahir :• Hari Isnin
• 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )
• Bersamaan 20 April 571 Masihi.
 
Bidan Nabi :• Ummu Mas’ud.
 
Tempat Lahir :• Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.
 
Bilangan Adik-beradik :• Anak tunggal [ anak yatim ].
 
Nama Ibu :• Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.
 
Nama Ibu Susuan :• Thuwaibah [ hamba Abu lahab ] , Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.
 
Nama-nama Pengasuh :• Aminah , Thuwaibah , Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.
 
Nama-nama Isteri :• Khadijah bt. Khuwailid, Saudah , A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun  bt. Abi Umaiyah , Zainab bt. Jahsyi , Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian , Sufiah bt. Huyi , Maimunah bt. Al-Haris.
 
Nama-nama Anak :• Qasim , Abdullah , Ibrahim , Fatimah , Zainab , Ummu Kalsum ,Ruqayyah.
 
Nama-nama Bapa Saudara :• Hamzah , Al-Abbas , Abu Talib , Abu Lahab , Az-Zubir , Abdul Ka’bah , Al-Muqawim, Dhirar , Qusam , Al-Mughirah , Al-Ghaidak.


Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa :• Sufiah , A’tikah , Barrah , Urwa , Umaimah , Ummu Hakim Al-Baidha’.
 
Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam :• Hamzah , Al-A’bbas.
• Sufiah , Urwa.
 
Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan :• Mariah al-Qibtiah , Raihanah.
 
Nama-nama Hamba Lelaki :• Aslam , Abu Rafi’ , Sauban , Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan , Yasar Nubi.
 
Nama Anak Angkat :• Zaid bin Harithah bin Syarahil.
 
Nama-nama Khadam :• Anas bin Malik , Abdullah bin Mas’ud , ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik , Bilal bin Rabah , Abu Zar al-Ghiffari.
 
Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran :• Abu Bakar , Umar , Uthman , Ali , Zubir , Amir , Amru Al-‘As , Zaib bin Thabit , Muawiyyah , Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.
 
Setiausaha Sulit :• Huzaifah b. Yaman.

Sifat Fizikal :• Badan tinggi sedang.
• Rambut ikal mayang.
• Muka bulat , putih kemerahan , mata hitam gelap.
• Bulu dada nipis , keseluhan badan  tidak berbulu.
• Bulu mata panjang , suara kasar , gigi hadapan renggang.
 
Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang :• Siddiq [ benar ] , Amanah [ jujur] , Tabligh [ menyampaikan ] , Fatanah [ bijkasana ].
 
Sifat-sifat Yang Mustahil:• Kazib [ dusta ] , Khianah [ pecah amanah] , Kitman [ menyembunyikan ] , Baladah [ bodoh].
 
Sifat-sifat Yang Harus :• Makan , minum , tidur , berkahwin , sakit , demam.
 
Pendidikan :• Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].
 
Pekerjaan :• Gembala Kambing.
• Berniaga.
 
Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul :• Umur 40 tahun di Gua Hira’.
 
Guru Pertama :• Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.

Tugas Utama :• Menyeru manusia menyembah Allah SWT.
 
Jawatan Yang Diamanahkan :• Menjadi Nabi.
• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan  jin .
• Ketua Pemerintah  kerajaan Islam di Madinah.
 
Keistimewaan :• Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an.
• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
• Manusia pertama masuk Syurga.
 
Gelaran Dari Kalangan Nabi :• Ulul ‘Azmi أولوالعزم [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].
• صلى الله عليه وسلم
 
Kenangan Manis :• Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.
 
Kenangan Pahit :• Diusir oleh penduduk Ta’if.
• Semasa peperangan Uhud.
 
Pengalaman Pertama Menerima Wahyu• Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal.

Pengalaman Yang Paling Menakutkan :• Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.
Hijrah ke Madinah
• Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq , sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.
 
Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam :• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
• Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
• Hamba : Zaid bin Harithah.
Sahabat-sahabat Kanan :• Abu bakar as-Siddiq.
• Umar al-Khattab.
• Uthman bin Affan.
• Ali bin Abu Talib.
 
Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat :• Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
• Uthman dan Ali [ menantu ].
 
Berita Yang Mengembirakan :• Keislaman Umar bin al-Khattab.
 
Berita Yang Menyedihkan :• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
 
Peristiwa Yang Mengembirakan :• Pembukaan Kota Mekah.
 
Penglibatan Dalam Peperangan :• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.
 
Nama Tempat Yang Pernah Dilawati :• Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].
 
Catat Rekod Dunia :• Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ & Mi’raj ].

Isteri Yang Paling Disayangi :• ‘Aisyah [ ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup ].
 
Anak Yang Paling Disayangi :• Fatimah.
 
Cucu Yang Paling Disayangi :• Hassan bin Ali.
• Hussin bin Ali.
 
Sahabat Yang Paling Disayangi :• Abu Bakar.
 
Nasihat Nabi :• “Jadikanlah kamu  sebagai orang musafir yang sedang dalam  perjalanan.”
 
Wasiat Nabi :• Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”
 
Syafaat Nabi :• Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.
 
Tarikh Wafat :• Waktu pagi hari Isnin.
• 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
• Umur 63 tahun , 4 hari.


Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

No comments on "BIODATA NABI MUHAMAD S.A.W."

Leave a Reply