Cyber Security Malaysia Diserang?????







Amat memalukan apabila pages CyberSecurity Malaysia dipenuhi dengan kiriman-kiriman gambar lucah.
Page tersebut di serang oleh penyerang yang tidak dikenali (unknown attacker) .

Menurut sumber, serangan page CyberSecurity Malaysia di Facebook tersebut telah dimulakan pada 12 Mac 2012 tepat jam 9.19 malam. 

Serangan tersebut merupakan cubaan untuk melumpuhkan page tersebut.

Serangan dilakukan kerana terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan CyberSecurity Malaysia yang seolah-olah makan gaji buta. 

"Tidak ada cara lain untuk membuka mata mereka selain dengan cubaan melumpuhkan pages berkenaan !" kata seorang daripada penyerang tersebut ketika dihubungi.

Sebelum ini terdapat beberapa laman Facebook dan laman web yang menghina agama Islam dan negara Malaysia. Namun, pihak CyberSecurity Malaysia tidak pernah mengambil tindakan ! 
Mereka hanya sekadar menyalahkan penggodam sahaja !

Dari pandangan satu sudut yang lain pula CyberSecurity Malaysia dikatakan hanya menerima aduan dan tidak mengambil apa-apa tindakan. 

Pentadbir pages CyberSecurity Malaysia tersebut seolah-olah tidur kerana tiada tindakan untuk "membersihkan" dinding pages itu walhal kiriman gambar lucah tersebut boleh dilihat oleh semua pengunjung yang mengunjungi pages tersebut.

Kiriman ini mungkin menjadi jawapan kepada kenyataan laman MyDefacer yang mempersoalkan tindakan penyerang tersebut.

Di sini dapat disimpulkan bahawa kadang kala penggodam lebih baik daripada organisasi seperti CyberSecurity Malaysia ini kerana penggodam akan selalu bekerjasama mengambil tindakan, sedangkan organisasi seperti ini hanya goyang kaki di pejabat sambil menikmati penghawa dingin.

Kami menyokong sekiranya page CyberSecurity Malaysia dilumpuhkan kerana dilihat seperti CyberSecurity Malaysia tidak berfungsi. Hal tersebut mungkin boleh memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka tentang suara-suara dikalangan pihak penggodam yang tidak pernah didengar luahannya.

No comments on "Cyber Security Malaysia Diserang?????"

Leave a Reply